Monday, 31 December 2018

Hari Orientasi Murid Tahun 1 & Pra Sekolah 2019


HARI ORIENTASI MURID TAHUN 1 & PRA SEKOLAH 2019

Tarikh: 29 Disember 2018
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 pagi










Tuesday, 21 November 2017

LAGU SEKOLAH

Lagu Sekolah


Mutiara Perdana namamu indah,
Sekolah tercinta berdiri megah,
Membawa obor sinar gemilang,
Keunggulan yang kami perjuang,

Berilmu beramal dan berdidiplin,
Melahir generasi bakal pemimpin,
Budaya cemerlang jadi amalan,
Menuju hasrat wawasan,

Mendidik memimpin warga bestari,
Dengan sains dan teknologi,
Amalan murni jati dan diri,
Janji kami pada pertiwi,

Mutiara Perdana sekolah tercinta,
Mutiara Perdana kebanggaan kami semua,
Unggul berprestij berketrampilan,
Mutiara Perdana nama gemilang.

PROFIL

Profil Sekolah


     Sekolah Kebangsaan Mutiara Perdana mula dibina di bawah program (design & built) pada tahun 2000. Sekolah ini terletak berhampiran pekan Bayan Lepas dan pekan Sungai Ara dan dikategorikan dalam gred B.

     Anggaran bilangan pelajar adalah seramai 1060 orang pada tahun 2012. Murid terdiri dari latar belakang keluarga yang berbeza iaitu kakitangan kerajaan, swasta, askar, dan peniaga kecil.

     Sekolah ini mempunyai seramai 64 orang guru, staf sokongan seramai 7 orang dan 5 orang pekerja swasta.

     Dari segi prasarana sekolah ini mempunyai keperluan asas yang mencukupi termasuk tiga buah prasekolah, sebuah kelas pemulihan, sebuah pusat sumber, dan sebuah makmal komputer.

     Berlandaskan ungkapan "KEJAYAAN HARI ESOK BERMULA HARI INI" adalah memerlukan satu perancangan yang teliti, tersusun, dan berterusan tambahan pula sekolah ini mempunyai pelajar yang berbeza latar belakang sosio-ekonomi dan tahap kemampuan akademik. 


Alamat Sekolah

Sekolah Kebangsaan Mutiara Perdana
Jalan Dato Ismail Hashim
11900, Bayan Lepas
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6046445500
Fax = 6046445500
Email = skmppba3017@gmail.com